Penata Perjanjian Kod Tingkah Laku Ikrar Kami Kami sebagai ahli, penata, dan ketua, berikrar akan menjadikan penyertaan dalam komuniti kami sebuah pengalaman yang bebas dari gangguan untuk semua orang, tidak mengira umur, saiz tubuh, ketidakupayaan zahir mahupun batin, etnik, keperincian jantina, identiti jantina dan luahan, tahap pengalaman, pendidikan, kedudukan sosio-ekonomi, kewarganegaraan, penampilan individu, ras, kasta, warna, agama atau identiti jantina dan orientasi. Kami berikrar untuk bertindak dan berinteraksi dengan cara yang menyumbang kepada keterbukaan, keramahan, kepelbagaian, menyeluruh, dalam sebuah komuniti yang sihat. Piawaian Kami Contoh tingkah-laku yang menyumbang ke arah persekitaran positif untuk komuniti kami termasuklah: * Menunjukkan empati dan kebaikan terhadap orang lain * Saling menghormati antara perbezaan pendapat, sudut pandangan dan pengalaman * Memberi dan mensyukuri maklum balas yang membina * Menerima tanggungjawab dan memohon maaf kepada pihak yang terkesan dengan kesalahan kami, dan belajar dari kekhilafan berdasarkan pengalaman * Memberi tumpuan penuh tentang apa yang terbaik bukan hanya untuk individu, bahkan untuk keseluruhan komuniti Contoh tingkah-laku yang tidak dapat diterima termasuklah: * Penggunaan unsur seksual dalam bahasa dan pengimejan, dan perhatian seksual atau kemajuan dalam apa-apa bentuk * Sindiran, penghinaan atau komen mencemar dan serangan individu atau politik * Gangguan awam atau privasi * Menerbitkan maklumat privasi orang lain seperti alamat fizikal mahupun emel tanpa kebenaran yang nyata * Kelakuan lain yang berkemungkinan dapat ditakrifkan sebagai tidak sesuai dalam tetapan profesionalisme Tanggungjawab Penguatkuasaan Ketua komuniti bertanggungjawab untuk memperjelaskan dan menguatkuasakan piawaian kami dalam tingkah-laku yang diterima dan akan mengambil tindakan yang sesuai dan pemulihan yang adil dalam tindak balas terhadap tingkah-laku yang dianggap tidak sesuai, mengugut, menyinggung atau memudaratkan. Ketua komuniti mempunyai hak dan tanggungjawab untuk mengeluarkan, menyunting atau menolak komen, komit, kod, suntingan wiki, pengisuan dan lain-lain sumbangan yang tidak sehaluan dengan Kod Tingkah Laku ini, dan bila bersesuaian. Skop Kod Tingkah Laku ini dikuatkuasakan dalam semua ruang komuniti, juga diaplikasikan semasa seseorang individu sedang mewakili komuniti dalam ruang awam. Contoh perwakilan dalam komuniti kami termasuklah penggunaan alamat e-mel rasmi, hantaran melalui akaun rasmi media sosial, atau bertindak sebagai wakil yang dilantik dalam majlis perjumpaan sama ada dalam talian mahupun luar talian. Penguatkuasaan Sebarang penganiayaan, gangguan atau tingkah-laku yang tidak dapat diterima dalam apa cara sekalipun boleh dilaporkan kepada ketua komuniti yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan di [MASUKKAN KAEDAH PERHUBUNGAN]. Semua aduan akan disemak dan disiasat secara menyeluruh dan adil. Semua ketua komuniti adalah diwajibkan untuk menghormati privasi dan keselamatan pelapor dalam sebarang insiden. Garis Panduan Penguatkuasaan Ketua komuniti akan menurut Garis Panduan Impak Komuniti ini dalam menentukan akibat untuk apa-apa tindakan mereka anggap melanggar Kod Tingkah Laku ini: 1. Pemulihan Impak Komuniti: Penggunaan bahasa yang tidak sesuai atau tingkah-laku lain yang dianggap tidak profesional atau tidak mesra di dalam komuniti. Akibat: Tulisan amaran persendirian daripada ketua komuniti, memberikan penerangan tentang asas pelanggaran dan penjelasan tentang mengapa tingkah-laku itu tidak sesuai. Permohonan maaf secara terbuka perlu diminta. 2. Amaran Impak Komuniti: Pelanggaran melalui insiden tunggal atau tindakan bersiri. Akibat: Amaran bersama dengan akibat untuk tingkah-laku berterusan. Tiada interaksi dengan pihak yang terlibat, termasuk interaksi yang tidak diminta dengan siapa yang menguatkuasakan Kod Tingkah Laku, untuk jangka masa tertentu. Ini termasuk mengelak interaksi dalam ruang komuniti dan juga saluran luaran seperti media sosial. Pelanggaran terma ini akan mengakibatkan larangan sementara atau kekal. 3. Larangan Sementara Impak Komuniti: Pelanggaran piawaian komuniti yang serius, termasuk tingkah-laku yang tidak sesuai secara berterusan. Akibat: Larangan sementara di mana-mana jenis interaksi awam dalam komuniti untuk jangka masa tertentu. Tiada interaksi awam mahupun persendirian dengan pihak yang yang terlibat, termasuk interaksi yang tidak diminta dengan siapa yang menguatkuasakan Kod Tingkah Laku, adalah dibenarkan semasa tempoh masa ini. Pelanggaran terma ini akan mengakibatkan larangan kekal. 4. Larangan Kekal Impak Komuniti: Menunjukkan corak pengulangan pelanggaran piawaian komuniti, termasuk tingah-laku tidak sesuai secara berterusan, gangguan terhadap individu atau pencerobohan, atau penghinaan berdasarkan kelas seseorang individu. Akibat: Larangan kekal di mana-mana jenis interaksi awam dalam komuniti. Atribut Kod Tingkah Laku ini adalah adaptasi daripada Contributor Covenant, versi 2.1, tersedia di https://www.contributor-covenant.org/version/2/1/code_of_conduct.html. Garis Panduan Impak Komuniti diinspirasikan oleh Tahap Penguatkuasaan Kod Tingkah Laku Mozilla. Untuk jawapan kepada soalan lazim tentang Kod Tingkah Laku ini, lihat FAQ di https://www.contributor-covenant.org/faq. Alih bahasa tersedia di https://www.contributor-covenant.org/translations.